Tuesday 17 July 2012

PERBINCANGAN ILMIAH

LITERASI & NUMERASI

Kenapa masalah membaca, menulis dan mengira ini berpanjangan? Adakah memang hakikat kejadian manusia yang pelbagai pencapaian atau gagalkah kita, guru? atau ada sebab-sebab lain.
Jom bincang. Beri pendapat anda.

Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU

TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat IBUku GURU yang berkorban nyawa, jiwa dan raga mendidikku, GURU-GURU yang mendidikku, rakan-rakan yang bergelar GURU, pelajar-pelajarku yang bergelar GURU dan pelajar-pelajarku yang bergelar bakal GURU serta semua mereka yang bergelar GURU.

Monday 5 March 2012

PKP3113 Kajian Tindakan 1

Perhatian Pelajar-pelajar Semester 7 ( PGSR Ambilan November 2008) Major Pendidikan Pemulihan.

Tuan puan dikehendaki berjumpa penyelia kajian masing-masing segera sebelum 8 Mac 2012.

Arahan KJ Jabatan ilmu Pendidikan 

Tuesday 10 January 2012

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman redhareaders kepada pelajar-pelajar program PPG yang mengikuti kursus EDU3103 di IPG Kampus Tuanku Bainun. Melalui Blog redhareaders ini saudara saudari boleh berinteraksi dengan saya mengenai kursus EDU3103. Sebarang pertanyaan sila ajukan melalui blog ini dan InsyaAllah jika tiada masalah dengan capaian internet saya akan menjawab dengan kadar segera.

Sunday 18 December 2011

Salam Maal Hijrah 1433 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Maaf agak lama saya tidak kemas kini blog redhareaders kerana agak sibuk dengan kelas KDC kumpulan PGSR yang kini di penghujung semester 6 dan akan memulakan semester 7 selepas exam minggu ini. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER semoga semua pelajar PGSR akan beroleh kejayaan hasil usaha dan pengorbanan dalam menuntut ilmu.

Monday 26 September 2011

Followers

Salam, Terima kasih kepada semua yang telah menjadi follower blog saya ini. Saya mengalu-alukan komen dan cadangan dari saudara saudari agar saya dapat pertingkatkan lagi persembahan maklumat yang dapat kita kongsi bersama.

Wednesday 24 August 2011

Latihan Khas

Salam, terdapat beberapa pengunjung dan pelajar IPGKTB bertanyakan tentang latihan khas yang ditawarkan berkaitan pendidikan pemulihan.

Terdapat latihan khas yang ditawarkan untuk guru dalam perkhidmatan mengikuti kursus khusus dalam bidang pendidikan pemulihan. Kursus ini dilaksanakan di IPG selama 14 minggu (KDP) dan 1 tahun (KSPK - Kursus Sijil Perguruan Khas)