Thursday 28 July 2011

TERIMA KASIH

salam, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan pensyarah dan pelajar-pelajar yang melayari blog redhareaders. Komen anda amat dihargai. Sila sertakan email anda. Insyaallah saya akan berkongsi maklumat akademik lain yang saya dapat tetapi tak dapat dimuatnaik ke laman redhareaders.

Wednesday 27 July 2011

Sejarah pendidikan pemulihan

Program pendidikan pemulihan bermula di Amerika Syarikat setelah termaktubnya PL 94-142  apabila seorang kanak-kanak autistik telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-kanak tersebut telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang berkelainan upaya. Kejayaan pelajar ini adalah hasil daripada kelulusan undang-undang  pada tahun 70-an. Pada 29 Novermber 1975 Kongres  AmerikaSyarikat telah meluluskanPublic Law 94-142 .

Objektif dan rasional pendidikan pemulihan

Objektif Pendidikan Pemulihan

Pendidikan pemulihan yang diamalkan di Malaysia terbahagi kepada pemulihan dalam darjah yang perlu dilaksanakan oleh guru mata pelajaran setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Manakala satu lagi bentuk pendidikan pemulihan yang sedang diamalkan ialah pendidikan pemulihan khas di mana murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ditempatkan setelah guru mata pelajaran melaksanakan program pemulihan dalam darjah.

Realiti yang berlaku sekarang ini di sekolah-sekolah ialah kegagalan, kesukaran, dan kekangan-kekangan yang menyebabkan guru-guru mata pelajaran tidak dapat melaksanakan program pemulihan dalam darjah. Kekangan seperti jumlah pelajar yang terlalu ramai sehingga mencecah 40 - 45 orang murid dalam sebuah darjah menyebabkan guru tidak mampu melaksanakan program pemulihan dalam darjah. Beban tugas lain yang terlampau banyak juga menyebabkan guru tidak berupaya melaksanakan program pemulihan dalam darjah dengan berkesan. Hasilnya murid yang tidak dapat menguasai satu kemahiran pada peringkat awalnya akan terus mengumpul kegagalan dan kekecewaan ke tahun-tahun seterusnya.

Objektif pendidikan pemulihan amat murni agar guru-guru membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sehingga murid-murid ini berjaya menguasainya dan meneruskan pembelajaran mereka bersama rakan-rakan lain.

Melalui program pendidikan pemulihan  murid-murid yang lemah juga berpeluang untuk mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan sebaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Kegagalan murid untuk turut serta dalam aktiviti sosial di sekolah mereka dengan sendirinya dapat di atasi setelah mereka melalui program pendidikan pemulihan di sekolah. Justeru itu murid-murid pemulihan ini akan mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan mental mereka tanpa wujudnya kecurigaan dan kebimbangan oleh pihak-pihak tertentu.






Konsep Pendidikan Pemulihan


Menurut Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990, konsep pendidikan pemulihan khas ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut pendidikan pemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira yang merupakan fokus utama dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .

Pendidikan Pemulihan: Pengenalan


Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Ini bermaksud pendidikan pemulihan adalah satu program pengajaran dan pembelajaran  yang dikelolakan oleh guru yang mendapat latihan khas untuk membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Bantuan yang diberikan sudah tentu melibatkan keseluruhan aspek pedagogi dan psikologi yang dikuasai guru dari latihan khas yang diikuti.

Selamat Datang

Terima kasih atas kunjungan anda ke laman redhareaders. redhareaders adalah sebuah laman ilmu yang dibangunkan untuk kita saling berkongsi ilmu dan pengalaman. Segala maklumat yang terdapat dapat dalam laman ini adalah hasil dari pembacaan dan perkongsian ilmu antara saya dan pelajar-pelajar dibawah bimbingan saya. Terima kasih, tahniah dan penghargaan buat semua bekas pelajar KPLI-SR Pendidikan Pemulihan Khas Ambilan 2008, 2009, 2010 dan KPLI-SR KDC IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semoga kalian dapat melaksanakan tugas sebagai guru yang cemerlang dan melahirkan insan yang gemilang. Semoga ilmu yang dikongsi semasa di IPGKTB dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya demi anak bangsa yang memerlukan bantuan anda. Selamat Bertugas!

Terima kasih tak terhingga kepada semua rakan pensyarah  sama ada dalam jabatan ilmu pendidikan atau luar jabatan yang tak jemu menghulurkan kerjasama dalam setiap aktiviti peringkat jabatan dan peringkat ipg yang dianjurkan oleh jabatan ilmu pendidikan.

redhareaders mengalu-alukan kunjungan anda walau siapa pun anda dan di mana saja anda berada kita berkongsi maklumat semoga beroleh sejahtera. redhareaders sentiasa terbuka minda untuk menerima sebarang komen membina demi kebaikan bersama. Semoga kita dirahmati Allah sentiasa.
terima kasih
redhareaders.(RBA)
email : redhareaders@gmail.com atau ridziptb@yahoo.com