Tuesday 17 July 2012

PERBINCANGAN ILMIAH

LITERASI & NUMERASI

Kenapa masalah membaca, menulis dan mengira ini berpanjangan? Adakah memang hakikat kejadian manusia yang pelbagai pencapaian atau gagalkah kita, guru? atau ada sebab-sebab lain.
Jom bincang. Beri pendapat anda.

Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU

TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat IBUku GURU yang berkorban nyawa, jiwa dan raga mendidikku, GURU-GURU yang mendidikku, rakan-rakan yang bergelar GURU, pelajar-pelajarku yang bergelar GURU dan pelajar-pelajarku yang bergelar bakal GURU serta semua mereka yang bergelar GURU.

Monday 5 March 2012

PKP3113 Kajian Tindakan 1

Perhatian Pelajar-pelajar Semester 7 ( PGSR Ambilan November 2008) Major Pendidikan Pemulihan.

Tuan puan dikehendaki berjumpa penyelia kajian masing-masing segera sebelum 8 Mac 2012.

Arahan KJ Jabatan ilmu Pendidikan 

Tuesday 10 January 2012

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman redhareaders kepada pelajar-pelajar program PPG yang mengikuti kursus EDU3103 di IPG Kampus Tuanku Bainun. Melalui Blog redhareaders ini saudara saudari boleh berinteraksi dengan saya mengenai kursus EDU3103. Sebarang pertanyaan sila ajukan melalui blog ini dan InsyaAllah jika tiada masalah dengan capaian internet saya akan menjawab dengan kadar segera.