Wednesday 27 July 2011

Objektif dan rasional pendidikan pemulihan

Objektif Pendidikan Pemulihan

Pendidikan pemulihan yang diamalkan di Malaysia terbahagi kepada pemulihan dalam darjah yang perlu dilaksanakan oleh guru mata pelajaran setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Manakala satu lagi bentuk pendidikan pemulihan yang sedang diamalkan ialah pendidikan pemulihan khas di mana murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ditempatkan setelah guru mata pelajaran melaksanakan program pemulihan dalam darjah.

Realiti yang berlaku sekarang ini di sekolah-sekolah ialah kegagalan, kesukaran, dan kekangan-kekangan yang menyebabkan guru-guru mata pelajaran tidak dapat melaksanakan program pemulihan dalam darjah. Kekangan seperti jumlah pelajar yang terlalu ramai sehingga mencecah 40 - 45 orang murid dalam sebuah darjah menyebabkan guru tidak mampu melaksanakan program pemulihan dalam darjah. Beban tugas lain yang terlampau banyak juga menyebabkan guru tidak berupaya melaksanakan program pemulihan dalam darjah dengan berkesan. Hasilnya murid yang tidak dapat menguasai satu kemahiran pada peringkat awalnya akan terus mengumpul kegagalan dan kekecewaan ke tahun-tahun seterusnya.

Objektif pendidikan pemulihan amat murni agar guru-guru membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sehingga murid-murid ini berjaya menguasainya dan meneruskan pembelajaran mereka bersama rakan-rakan lain.

Melalui program pendidikan pemulihan  murid-murid yang lemah juga berpeluang untuk mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan sebaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Kegagalan murid untuk turut serta dalam aktiviti sosial di sekolah mereka dengan sendirinya dapat di atasi setelah mereka melalui program pendidikan pemulihan di sekolah. Justeru itu murid-murid pemulihan ini akan mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan mental mereka tanpa wujudnya kecurigaan dan kebimbangan oleh pihak-pihak tertentu.






2 comments:

  1. Wah! begitu terperinci sekali tentang sejarah pendidikan pemulihan. Artikel ini telah membuka minda saya.Syabas! Encik Ridzuan! You have done a GREAT job! Keep it up!

    ReplyDelete
  2. salam,,saya berpendapat walaupun terdapat kelas yang dikhususkan untuk pelajar yang lemah, tetapi sekiranya bilangan pelajar masih terlalu ramai dan tidak dapat dikawal oleh guru, pendidikan pemulihan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan

    siti hajar bakar

    ReplyDelete