Wednesday 27 July 2011

Sejarah pendidikan pemulihan

Program pendidikan pemulihan bermula di Amerika Syarikat setelah termaktubnya PL 94-142  apabila seorang kanak-kanak autistik telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-kanak tersebut telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang berkelainan upaya. Kejayaan pelajar ini adalah hasil daripada kelulusan undang-undang  pada tahun 70-an. Pada 29 Novermber 1975 Kongres  AmerikaSyarikat telah meluluskanPublic Law 94-142 .

Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada 50 buah negeri di Amerika Syarikat  dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia berkeperluan khas serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak kelainan upaya atau berkeperluan khas dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Sekiranya kelainan upaya kanak-kanak itu menyebabkan dia  tidak menunjukkan kemajuan dalam kelas biasa maka dia ditempatkan dalam kelas khas.

Pada tahun 1990, Public Law 94 -142 diperluaskan dibawah akta dinamakan Individuals with Disabilities Education Act (IDEA). Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kelainan upaya dilindungi.

Undang-undang ini memberi penekanan tentang penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Ini bermakna pendidikan kanak-kanak khas ini adalah percuma. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara..

Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang. Ini bermaksud tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Pendidikan sebegini dikenali sebagai ³pendidikan inklusif´.

Kanak-kanak berkeperluan khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak berkeperluan khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak berkeperluan khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan ,kekurangan atau kelainan upaya mereka.

Penglibatan ibu bapa amat penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid.  Ini memberi ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid berkepeluan khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid berkeperluan khas dalam satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan kelainan upaya seseorang kanak-kanak berkeperluan khas.. Konsep kolaborasi dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang melibatkan pelbagai pihak atau pelbagai disiplin seperti ibu bapa, kaunselor, guru khas, pegawai kesihatan dan guru mata pelajaran terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid berkeperluan khas.

Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak tidak diberi peluang pendidikan. Pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak –kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta,  kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. 

Oleh kerana IDEA kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak -kanak kurang upaya. Pada tahun 2000 di Amerika Syarikat kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebih ramai pelajar kelainan upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masing-masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kelainan upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain.

IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan. Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas. dilibatkan dalam perancangan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsep kolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam  pelaksanaan pendidikan khas di negara-negara lain termasuk  Malaysia.

Laporan Warnock yang dikeluarkan pada tahun 1974 mencetuskan permulaan pendidikan pemulihan di England.  Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi Laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan -cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya seperti konsep pendidikan inklusif yang secara langsung memansuhkan  konsep pengasingan yang diamalkan sebelumnya.
 
Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integrasi atau inklusif. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini termasuk di Malaysia. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.

Manakala Akta Kanak –kanak 1989 (Childrens Act, 1989) menyarankan dua perubahan untuk memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas . Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh ahli perubatan sahaja dipinda kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.  Jelas sekali akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran melibatkan diri dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.
(artikel dari modul ppg)

9 comments:

  1. Paparan sejarah Pendidikan Pemulihan ini telah menyedarkan kita tentang kepentingan pendidikan untuk murid-murid kelainan upaya. Artikel ini sangat baik dan bermanfaat untuk bacaan semua warga pendidik. Syabas atas usaha En. Ridzuan ini!

    Drp. En. Abd Rashid Ismail
    JIP, IPG KTB

    ReplyDelete
  2. salam..saya berasa sangat bersyukur kerana dilahirkan sempurna anggota badan..berdasarkan sejarah pendidikan pemulihan di atas, saya menyedari tentang betapa pentingnya pendidikan bagi murid-murid kurang upaya..saya kagum dengan cara bagaimana seorang kanak-kanak autistik tersebut telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-kanak tersebut juga telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang berkelainan upaya. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" dan "usaha tangga kejayaan".Walaupun kanak2 tersebut kurang upaya, namun beliau dapat melakukan perkara yang tidak semestinya semua orang boleh melakukannya.
    sekian,terima kasih.
    drpd: Shahirah Izzati Shaik Osman

    ReplyDelete
  3. andrew Joo
    Melalui sejarah kita mampu menetapkan matlamat kita yang akan datang supaya kita dapat memperbaikpulih sistem pendidikan kita............

    ReplyDelete
  4. Nurul Atiqah Abd.Kamal~3PPISMP MT2

    Assalamualaikum encik,
    Drpd apa yg telah diterangkan, saya amat berterima kasih kerana telah dapat mengetahui sejarah dan juga maklumat mengenai program pendidikan pemulihan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dengan lebih lanjut lagi.
    Tapi saya mempunyai persoalan di sini, boleh encik terangkan apakah perbezaan program pendidikan pemulihan ini dengan program KIA2M(Kelas intervensi asas membaca dan menulis) ? Adakah murid tahun 1 yang telah mengikuti program pemulihan juga dimasukkan dalam program KIA2M? dan boleh saya tahu sejauh manakah keberkesanan kedua-dua program tersebut?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....saya Nur Izzati Binti Mat Razi dari kelas Mt2...setelah saya membaca mengenai pendidikan pemulihan barulah saya sedar betapa pentingnya pendidikan ini kepada murid-murid yang kurang bernasib baik ...Tetapi saya masih ragu-ragu tentang pendidikan pemulihan yang terdapat di negara Malaysia.Adakah program ini berjaya mencapai hasrat dan impian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan setiap murid mempunyai kemahiran 4M iaitu membaca, mengira,menulis dan menaakul?...sekian terima kasih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya Hanis Syazni bt Hasni daripada 3PPISMP MT/PI/B2..
    pendidikan merupakan satu perkara wajib bagi setiap individu kini. Seperti dalam sejarah pendidikan khas, seorang kanak-kanak autistik telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-kanak tersebut telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja.Hal ini menunjukkan bahawa dengan uasaha yang gigih setiap individu mampu berjaya walaupun individu tersebut orang kelainan upaya. Dalam pendidikan pemulihan ini juga, guru memainkan peranan yang penting. Guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid berkepeluan khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid berkeperluan khas dalam satu jangka masa tertentu dengan mengambil kira potensi dan kelainan upaya seseorang kanak-kanak tersebut. Hal ini menunjukkan guru merupakan penggerak penting dalam pendidikan pemulihan ini. Jadi, setiap individu berhak mendapat peluang pendidikan sama ada individu tersebut sempurna atau kelainan upaya. Sekian,terima kasih

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum sir,
    saya: Nur Qistina Thomas - 3ppismp math2
    Pada masa kini ramai yang menyedari bahawa pendidikan merupakan tunjang kemajuan setiap individu untuk berjaya dalam kehidupan merempuh arus kemajuan. Maka dengan itu pendidikan yang merangkumi golongan kelainan upaya amat wajar dilaksanakan supaya golongan ini juga dapat merasa bahawa pendidikan itu adalah arah kejayaan mereka dalam sesebuah kehidupan. Pendidikan bagi golongan kelainan upaya yang diwujudkan berlainan dan bersesuaian dengan persekitaran keupayaan mereka seperti yang telah dilaksanakan amat diperlukan oleh golongan ini kerana secara azalinya, setiap insan ada keistimewaannya yang tersendiri. Dengan adanya pendidikan bagi golongan mereka, mereka boleh mengembangan kemampuan dan potensi masing- masing dalam bidang tertentu. Hal ini demikian disebabkan keistimewaan yang mereka ada juga mampu membantu negara untuk melangkah ke arah kemajuan..Sekian...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum w.b.t
    Saya Anis binti Nasri, 3PPISMP MAT2.
    Berdasarkan apa yang telah diterangkan di atas,pada pendapat saya setiap orang mempunyai kemahuan untuk berjaya. Namun, mungkin terdapat dalam kalangan kita yang tidak mampu untuk mencapainya disebabkan ketidaksempurnaan atau kelainan upaya. Kita jangan pula meninggalkan golongan tersebut malah harus membantunya. Jadi, melalui undang-undang yang telah dinyatakan di atas saya sangat bersetuju kerana dapat memberi implikasi yang positif kepada golongan tersebut, mereka juga diberi peluang untuk mendapat pendidikan seperti yang termaktub dalam dasar pendidikan Negara ini seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete


  9. Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
    in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
    categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
    loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
    ******************************
    1) Full Name:
    2) Gender:
    3) Loan Amount Needed:
    4) Loan Duration:
    5) Country:
    6) Home Address:
    7) Mobile Number:
    8) Fax Number:
    9) Occupation:
    10) Monthly Income:
    11) Salary Date:
    12) Purpose of loan:
    13) Where did you get our loan advertisement:

    ReplyDelete